Sunday, July 26, 2009

iklan di semporna

alahai.... sekadar nak imbas kembali..


.

Iklan Merdeka Petronas 2007 dilakonkan di sekitar Semporna. Abg Mie mantaplah lakonan mu.. mcm Betul.. Abg Mie yng pegang 'bujjak' tu merupakan anak jati semporna dan senior kami kat smkdpa tme 2007.


Saturday, July 25, 2009

BUKA HATI

Untuk menjadikan diri Anda bermotivasi di waktu pagi, tengahari atau petang mahupun malam, sediakan diri Anda sebelum mula melakukan sesuatu, sebelum bekerja, sebelum menelaah pelajaran, atau sebelum membaca.

Sediakan diri Anda. Saya lebih suka panggil dengan nama buka hati. Maksudnya, kita bersihkan hati, berlapang dada dan bersedia menerima pelajaran-pelajaran baru yang hidup ni ajarkan pada kita, untuk kita gunakan dalam usaha kita memburu kejayaan. Nak jadi orang berjaya, kita kena ada mindset belajar sepanjang masa, sebab itu kita perlu buka hati sepanjang masa!.

Kita boleh menjadi student berjaya bila kita buka hati pada kejayaan, buka hati pada menimba ilmu, buka hati pada kerajinan berusaha. Buka hati, menyediakan fizikal dan mental sebelum kita melakukan sesuatu kerja yang akan kita buat berjam-jam lamanya.

Kita boleh jadi usahawan berjaya, pekerja berjaya bila kita buka hati pada kejayaan-kejayaan dalam bidang kita. Andai kita tidak buka hati pada kejayaan-kejayaan kecil, susah untuk kita buka hati pada kejayaan-kejayaan besar, kesannya kejayaan akan menjauh dari hidup kita, seakan sukar untuk dicapai.

Buka hati, maksudnya bersedia untuk menerima. Untuk menerima kejayaan besar, kita kena buka hati pada kejayaan-kejayaan kecil terlebih dahulu, latih diri sendiri. Bangun awal setiap sebelum waktu subuh, kemudian menunaikan sembahyang subuh satu kejayaan kecil juga.

Bila buka hati, Anda akan mendapat stamina dalaman, kekuatan dalaman. Anda boleh buat sesuatu usaha lebih lama dari orang lain buat. Tapi, pastikan Anda tahu 3 tanda kekotoran hati, sebelum buka hati menerima sesuatu.

Gagal - Makna Sebenar Gagal

Apa makna sebenar gagal?

Gagal ialah satu keadaan bila mana apa yang kita buat tak menjadi seperti yang kita inginkan. Ataupun, gagal adalah satu situasi bila kita tak mencapai apa yang kita targetkan, kita tak mendapat apa yang kita mahukan.

Gagal wujud dalam segenap aspek hidup kita. Gagal dalam pelajaran. Gagal mendirikan sembahyang Subuh, gagal mengatur masa kerja dengan baik, gagal memasak dengan cukup sedap, gagal berusaha dengan cukup rajin. Itulah beberapa contoh kegagalan kecil yang kita lakukan.

Setiap hari, bila kita gagal mendirikan sembahyang Subuh, sebagai orang Melayu beragama Islam, kegagalan yang kecil tu akan melarat kepada kegagalan-kegagalan besar. Maka sebab itulah dalam azan, sering dilaungkan frasa “marilah menuju kejayaan” (hayya alal falah) untuk mengingatkan kita.

Gagal hanyalah suatu cara yang salah, satu usaha yang kurang berhasil, boleh juga dipanggil usaha yang dijalankan dengan cara kurang betul. Bukan tak betul, cuma kurang betul.

Kena fikir optimis!

p/s : tq 2 imotivasi.com

Friday, July 24, 2009

ANCAMAN PLASTIK



Pada zaman sekarang, antara bahan yang paling banyak dan selalu digunakan oleh manusia dalam kehidupan seharian mereka adalah barang yang diperbuat daripada plastik. Lihat sendiri perkakas di dalam rumah, bermula daripada dapur, bilik air hinggalah ke kawasan ruang tamu dan halaman di luar rumah, hampir kebanyakannya dihasilkan daripada plastik kerana ia adalah bahan yang murah lagi mudah digunakan. Namun, di sebalik dua keistimewaan plastik itu, tersembunyi ancaman yang kita tidak ketahui. Contoh yang paling mudah, iaitu botol air mineral. Selain daripada ringan, senang dibawa ke mana-mana dan mudah digunakan dengan berulang kali, ianya juga akan menjimatkan wang para pengguna apatah lagi di kala kemelesetan ekonomi sekarang, jalan mudah untuk penjimatan adalah menggunakan botol ini berulang kali. Meskipun amalan mengelakkan pembaziran adalah perkara yang dituntut oleh Islam, tetapi adakah kita mengetahui akan kesan buruk seandainya kita suka menggunakan botol air mineral ini secara kerap untuk suatu tempoh masa yang lama? Hal ini adalah kerana botol air mineral diperbuat daripada Polyethylene Terephtalate atau lebih sinonim dengan singkatan PET. Bahan ini mempunyai beberapa kekurangan yang boleh memudharatkan kesihatan pengguna apabila digunakan dengan berulang kali, terutama sekali jika terdedah kepada suhu panas. Menurut sejarah, ia digunakan dalam industri pembuatan botol minuman secara meluas selepas dipatenkan pada tahun 1973.

Beberapa tahun kemudian, timbul isu bahawa bahan kandungan PET berupaya untuk larut resap ke dalam air mineral dan seterusnya mencemarkan air mineral itu sendiri. Semua bahan plastik di pasaran sekarang secara asasnya adalah berdasarkan petroleum. Dalam proses pembuatan botol air mineral misalnya, peringkat pertama melibatkan proses tindak balas kimia untuk menukarkan petroleum kepada bahan asas dengan menggunakan pemangkin seperti antimoni. Selanjutnya, peringkat kedua pula membabitkan bahan kimia seperti Dimetil Tereftalat (DMT) dan Etilena Glikol (EG) dengan penggunaan pemangkin tertentu. Kemudian, bahan campuran kimia lain seperti Di-2-ethyl-Hexyl-Adipote (DEHA) juga ditambah kepada bahan asas untuk menghasilkan botol mengikut reka bentuk yang dikehendaki.

Antimoni yang digunakan sebenarnya boleh menyebabkan penyakit barah dan sepatutnya tidak digunakan dalam proses membuat botol. Begitu juga dengan penggunaan DEHA yang dikatakan boleh larut resap dalam air, tetapi sehingga kini tiada fakta saintifik untuk menyokong dakwaan itu. Selain itu, dua faktor yang menyebabkan penggunaan botol plastik air mineral secara kerap kali yang membhaayakan kesihatan pengguna ialah perubahan sifat kimia akibat haba dan juga kesan penuaan. PET hanya tahan haba hingga 60 celsius dan jika lebih tinggi, botol tidak akan cair tetapi menjadi lembut. Walaubagaimanapun, apa yang membimbangkan ialah proses larut resap yang mungkin boleh berlaku. Namun, kenyataan ini juga tiada sokongan dengan bukti saintifik yang kukuh.

Sehubungan itu, kalau kita ingin menggunakan bekas botol air dengan berulang kali, elakkan daripada menggunakan botol plastik PET, sebaliknya gunakan botol plastik yang dihasilkan daripada polikarbonat yang lebih tahan haba, iaitu hingga 130 atau 140 celsius. Dari segi kesan penuaan pula, botol plastik terdedah kepada perubahan sifat apabila digunakan berulang kali seperti kemek dan pecah, di mana proses larut resap juga mungkin boleh berlaku dan hal ini memungkinkan terjadinya pembiakan bakteria. Pencemaran terhadap alam sekitar turut berlaku akibat daripada penggunaan plastik selain daripada menjejaskan kesihatan. Contohnya, satu kajian telah mendapati bahawa lebih kurang 100 bilion tan beg plastik telah mencemari lautan seluruh dunia dan meragut nyawa hidupan laut seperti penyu, burung-burung dan ikan paus.

Dianggarkan juga sejuta burung cedera dan mati setiap tahun kerana termakan dan terjerat beg plastik serta banyak penyu mati akibat termakan beg plastik yang terapung hanyut di permukaan laut yang menyerupai makanan asasi penyu, iaitu ubur-ubur. Plastik-plastik yang dibuang ini tidak akan hancur dalam masa yang singkat kerana jangka hayatnya sangat panjang hingga mencapai lebih kurang 10 abad untuk hancur atau terurai. Selain itu, plastik-plastik yang dibuang juga boleh menyekat pengaliran air sehingga boleh menyebabkan air parit dan sungai membanjiri kawasan berhampiran apabila hujan lebat. Disebabkan oleh faktor tempoh reput yang agak panjang, maka ia akan memenuhi sebahagian besar dari kawasan tapak pelupusan sampah. Lebih merisaukan lagi, plastik boleh mengeluarkan kompaun toksik dan berbahaya apabila ia reput. Sekiranya hal ini berlaku, pencemaran tanah, sungai dan sumber air di bawah permukaan tanah tidak mustahil akan terjadi.

Akibatnya, kualiti alam sekitar, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat akan terjejas. Berikutan keburukan plastik terhadap kesihatan manusia dan persekitaran, beberapa negara telah mengambil langkah untuk mengelakkan pembungkusan dengan plastik secara berleluasa. Terdapat sebilangan negara telah menghentikannya melalui undang-undang penggunaan beg plastik di kedai dan pasar raya. Sebahagian negara lagi telah mengenakan bayaran ke atas sisa beg plastik. Maka dengan itu, tidak hairanlah jika tema bagi sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun lepas ialah ‘Kick The Habit- Reduce The Use of Plastic Bags, Towards A Low Carbon Economy’ (Ubah Sikap! Kurangkan Penggunaan Beg Plastik Bagi Menjana Ekonomi Yang Berkarbon Rendah). Tujuan kempen ini diadakan adalah mengajak kita untuk mengubah sikap terhadap penggunaan plastik.

Di samping itu, sebagai pengguna, kita juga perlu mengetahui kebaikan-kebaikan dari segi alam sekitar daripada pengurangan penggunaan bahan-bahan daripada plastik khususnya beg plastik.

Antaranya:

1. Jumlah sisa buangan yang perlu dilupuskan akan berkurangan lantas mengurangkan penggunaan kawasan tanah bagi tujuan pelupusan seterusnya menipiskan risiko berlakunya pencemaran.

2. Penggunaan semula (kitar semula) pembungkus atau beg plastik akan menjimatkan penggunaan sumber tambahan bagi penghasilan beg plastik baru. Kajian oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat yang dijalankan bersama Konsultan ICF, Konsultan Owen-Illinous dan Univesiti Florida pada September 2006 menunjukkan kitar semula satu tan plastik akan menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 51 hingga 56 juta Btu (satu Btu bersamaan dengan tenaga yang boleh dihasilkan oleh 8 gelen gasolin).

Oleh yang demikan, wajarlah bagi kita selaku pengguna menyambut baik dan menyokong penuh kempen mengurangkan penggunaan plastik dan beg plastik. Sebagai alternatifnya, menggunakan bahan lain selain daripada bahan tersebut adalah sangat-sangat digalakkan terutamanya dalam menyelamatkan alam ini daripada tercemar dan mengekalkan kesihatan kita sepanjang masa.

Justeru, hayatilah pesanan junjungan besar nabi kita, Muhammad saw dalam hadith baginda yang bermaksud:

“Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara..mudamu sebelum tuamu, kayamu sebelum miskinmu, sihatmu sebelum sakitmu, lapangmu sebelum sempitmu dan hidupmu sebelum matimu”.

Ingatlah bahawa bumi ini dan kesihatan yang dikurniakan oleh Allah SWT adalah antara amanah yang perlu dijaga dan dipelihara oleh kita dengan sebaik-baiknya selama mana kita hidup di dalam alam yang bersifat sementara dan fana’ ini. Amatlah pedih azab yang bakal kita terima di akhirat kelak seandainya kita gagal dalam memikul tanggungjawab.

p/s: copy & paste from http://www.iluvislam.com/




JANGAN PUTUS ASA







“Hah!banyak ni je GPA aku? CGPA tak naik pun,erghh!!" Abdul Rahman rasa geram, marah. Dia tidur sepanjang hari. Bangun untuk solat zohor dan makan, kemudian tidur. Solat Asar, kemudian tidur. Solat Maghrib, mandi, makan dan solat Isyak kemudian tidur. Dia bangun untuk solat Subuh, kemudian sambung tidur lagi.

Mukhlis pelik dengan perangai teman sebiliknya itu. Tak pernah dia lihat Abdul Rahman begitu. ”Ab..bangun lah Ab..dah nak Zohor ni..dari semalam kau tido..tak puas-puas lagi ke?” Mukhlis mengejutkan Abdul Rahman. Abdul Rahman bangun, menunaikan solat Zohor, kemudian baring diatas katilnya kembali. “Kau ni, tak sihat ke Ab? Asyik tidur aje...”. “Sihat,” ujar Abdul Rahman. Mukhlis dapat melihat tiada langsung keceriaan diwajah sahabatnya itu. “abes tu…kau ni kenapa? Ada masalah ke?” “Hmm…” Ab sekadar mengeluh. “Cite lah kat aku, kot-kot aku boleh tolong.” Mukhlis mengambil posisi di sebelah Ab.

“Aku geram lah. Kenapa lah aku study bagai nak rak pun, still tak dapat nak skor anugerah dekan? Aku dah buat semuanya,macam petua nak cemerlang, tapi apa hasilnya? 2.9 je! Tak sampai 3 pun! Kenapa lah aku ni bodoh sangat! Tengok Zaki tu, bukannya study sangat pun. Main games, enjoy sini sana, tapi dapat anugerah dekan jugak.” Luah Ab panjang lebar.
Mukhlis tersenyum. “Owh, ini ke masalahnya? Sabar lah Ab, mintak doa banyak-banyak. Allah pasti makbulkan.Allah dah kata,‘berdoalah kepada aku, nescaya aku akan makbulkan’. “Aku rasa, dah puas dah aku berdoa, aku buat solat tahajjud, solat hajat aku tak pernah tinggal..tapi? kenapa Allah tak nak makbulkan doa aku?”
“AstaghfirUllah AlAzim, jangan kau fikir macam tu.Tempis bisikan-bisikan syaitan seperti itu,Ab. Kau kena ingat, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Cuba kau fikir balik, banyak hikmahnya dengan result yang kau dapat tu.”
“Aku tak nampak hikmahnya Mukhlis.Tolonglah aku, aku pun tak nak fikir macam ni, aku tahu aku berdosa.” “Ok takpe, kita review balik hikmahnya.
Pertama - Yang paling penting…percaya lah, Allah sayang kat kau sebenarnya. DIA rindu nak dengar kau bermunajat dan bermohon kepadaNYA. Dia tak nak kau alpa dan lupa padaNYA bila kau senang-senang boleh dapat markah tinggi. Allah sayang kat kau, takut kau jadi ego dan sombong kalau kau tak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapat kejayaan tu.

Kedua - Anggaplah ini didikan terus dari Allah. Study tu, nak kena sabar,kan? Nak kena kuatkan semangat, lawan perasaan mengantuk, perasaan nak main game, nak tengok TV lah, dan macam-macam lagi,kan. Allah sedang mendidik kita supaya bersabar. Kalau kita kurang berjaya, kita cuba lagi. Kalaulah, orang yang mencipta mentol dulu berputus asa, sudah tentu hari ini kita hidup dengan pelita semata-mata. Sebab itu kita tak boleh sama sekali berputus asa.

Ketiga - Dalam proses study tu sendiri, kita kena latih diri kita berdisiplin. Study untuk exam, kita kena buat jadual,dan patuh pada jadual itu,kan? Jadi, secara tidak langsung, sebenarnya Allah sedang melatih kita menjadi orang yang bijak merancang dan berdisiplin. Bukan ke itu merupakan elemen yang amat penting untuk berjaya dalam hidup?

Keempat – Kita perlu ikhlas dalam belajar. Kita perlu terima bahawa hakikat, mungkin kita masih belum menguasai topik itu dengan baik. Salah siapa sebenarnya? Salah lecturer ke? Tapi mengapa pelajar lain boleh skor? Adakah kita benar-benar fokus sewaktu belajar? Adakah kita belajar itu dengan niat untuk faham dan ingat keseluruhannya kerana Allah semata-mata...atau kita sebenarnya merenung buku itu dan sibuk berangan tentang hal lain atau kita study sekadar untuk habiskan baca lecture note sahaja? Tepuk dada tanya iman.
Hmm..macam mana Ab? Cukup tak sebab-sebab kita kena redha atas setiap pemberian Allah. Setiap satu nya, pasti ada hikmah tersendiri, kan?”

“Betul juga kata kau Mukhlis. Astaghfirullahalazim..ampunkan aku, ya Allah. Aku hamba yang sering terlupa.” “Ab, jangan lupa, kita sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan. Kita adalah orang-orang terpilih, diberi nikmat Islam. Kita harus melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah. Tak kira berapa banyak usaha yang harus kita berikan, inilah hidup kita. Kalau kita tidak hidup untuk Allah, untuk apa lagi kita hidup? Percayalah pada Allah. Kita adalah hambanya, Dia yang Maha Pemurah lagi Penyayang, kan… Abdul Rahman? Jadi, kita sebagai muslim tidak boleh putus asa dari rahmat Allah, kita kena sentiasa berusaha dan buat yang terbaik dalam setiap apa yang kita kerjakan, dengan mengharapkan redha dan barakah dari NYA. Insyaallah, kita akan mendapat ketenangan dan kegembiraan, bukan sahaja didunia, malahan di alam yang kekal nanti.”
Abdul Rahman tersenyum. Terima kasih ya Allah, diatas kurniaan seorang sahabat yang dapat mengingatkan aku, dikala aku kealpaan. Hatinya berasa lebih tenang. Dia berjanji pada dirinya, dia tidak akan sama sekali putus asa, dan dia akan berusaha dengan seluruh tenaganya untuk terus berusaha menuntut ilmu dengan sepenuh hati…Kerana Allah.




p/s : copy n paste dri
www.iLuvislam.com

PELAUH

Pelauh...


Teroleng-oleng lipa di pukul ombak
Periuk belanga turut menari sama
Isteri si bagai mengukus ubi kayu
Anak si bagai selam menyelam di tepi lepa’
Sedang Sibagai duduk termenung
Mengenang nasib diri bilakah terbela


Laut itulah darat baginya
Bila sahaja ribut tiba mencari teluk melindung lepa
Sejuknya…oh…payah hendak dikata
Tangisan si kecil seakan lagu menghibur gundah
Si Bagai mengenang nasib anak bangsanya
Hidup di laut di darat dipandang hina

Pelauh..
Sinonim Bajau Laut diejek dicerca
Walhal mereka itu tak pernah menyelami irama kehidupan di lautan
Hanya berdindingkan tepian laut beratapkan langit
Diajar berenang, menyelam, memancing, dan mengendali lepa

Bilakah nasib mereka ini akan terbela
Dari mara bahaya ribut melanda
Anak-anaknya yang perlu bersekolah
Makan tidak menentu tetapi ceria sentiasa
Lepa bergerak dari laut menuju ke laut juga

Hati si bagai hancur luluh, hiba dan sayu
Mengingatkan masa depan yang pasti gelap cerahnya
Air matanya tumpah tatkala lagu tenes-tenes dinyanyikan anak kecilnya
Mundu dan kehidupan seakan seirama
Walau miskin namun masih ada yang durjana
Kasihan hidup mereka tapi tetap pasrah dan rela



p/s: terima kasih pd pakcik aman atas karya nie.. memang besh...
http://kalampendeta.blogspot.com/


Thursday, July 23, 2009

TINGKATAN 6 VS PRA-MAHASISWA

menaiktaraf sistem pendidikan bagi tingkatan 6 telah membawa perubahan yang baru kepada sistem pendidikan kini. Mereka bukan lagi dipanggil tingkatan 6 tetapi pra-mahasiswa.

Namun, bagi kami ianya tidak membawa perubahan yang berkesan kerana semuanya berlaku pada saat terkhir kemi bergelar pelajar. Mungkin memang dah takdir. Nak buat apa. Apa yang diharapkan dengan perubahan dasar ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara setanding dengan negara maju untuk melahirkan nodal insan yang diwar-warkan.

Perubahan ini membawa serba sedikit manfaat kepada pra-u kerana waktu pembelajaran yang sedia ada telah dipanjangkan. Pada kebiasaan pra-u hanya akan balik pada pukul 12.25 pm tetapi telah dilanjutkan ke pukul 3.05 pm. Pengisian yang bermanfaat seperti tutorial, kokurikulum, amali diharap dapat mengubah imej pelajar kepada seorang bakal mahasiswa/i yang memiliki kebolehan dalam semua bidang.

harapan kami agar pelaksanaan ini dapat diterusakan dan proses yang baru dapat digunakan dalam penyampaian ilmu di sekolah.


Wednesday, June 24, 2009

KERINGAT PERJUANGAN

SEDAR TIDAK SEDAR STPM TIDAK AKN LAMA LAGI..

JUN HAMPIR SEMPURNA MENINGGALKAN KITA.. JULAI PULA SEDIA MENANTI DAN PASTINYA NOVEMBER PENENTUAN MASA DEPAN...

Dalam seminggu ini masa kami amat sibuk sekali.. turun dari rumah pukul 6 pagi dan balik rumah pukul 6 petang.. inilah ruti harian yang terpaksa kami jalani dalam semester 2 ini. nak tak nak terpaksa juga buat semua ini kerana di sinilah perjuangan yang sebenar...

dlam fikiran tiada apa lagi yang bermain selain perkataan "apalah nak kami jawab stp nie..?"
apa boleh buat.. perjuangan terus dikekalkan.. khmis dan jumaat petang sajalah masa rehat kami.. dari sabtu hingga rabu petang kami akan bertekak masing-masing dengan idea untuk diutarakan dalam perbincangan. meski pada waktu peralihan itu hanya makan nasi goreng berlaukkan telur tetapi itu tidak menghalang kami untuk terus berjuang..




NAK TAK NAK TERPAKSA JUGA BERKORBAN..

Yakin pada diri kita boleh dan mampu lakukan yang terbaik untuk diri,keluarga,sekolah,agama masyarakat dan untuk tuntuntan maut nanti..